CIMBClicks Untuk iPhone Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru Dan Sokongan Touch ID




Selepas Maybank tempoh hari, kini CIMB turut telah mengemaskini aplikasi CIMBClicks untuk iPhone, dimana kemaskini terbaru ini menawarkan antaramuka yang lebih kemas berbanding sebelumnya serta menyertakan sokongan untuk log masuk menggunakan pengimbas cap jari.

CIMBClicks iOS

Susunan menu pada aplikasi baru ini juga lebih dipermudahkan, selain akses pantas untuk pilihan transaksi. Disamping itu, kini pengguna juga boleh memindahkan dana ke sebarang akaun walaupun tidak ditambah ke “Favourites”. Melalui aplikasi sama juga, pengguna boleh menyemak senarai transaksi sehingga tempoh 90 hari yang lepas.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi CIMB Clicks pada iPhone, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini. Buat masa ini, aplikasi CIMBClicks untuk Android masih belum dikemaskini, dan semakan ringkas pada laman Google Play memperlihatkan tarikh akhir kemaskini adalah pada tahun 2015 yang lepas.

Muat Turun - CIMBClicks iOS
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan