Instagram Mengaktifkan Ciri Mengarkib Untuk Semua – Kini Tidak Lagi Perlu Memadam Gambar Lama


Instagram pada bulan lepas telah mengumumkan sokongan mengarkib gambar, dimana pengguna boleh memilih sebarang gambar dan menyembunyikannya daripada paparan umum. Ciri ini hanya diperkenalkan kepada sejumlah pengguna sahaja ketika bulan lepas, dan hari ini laman perkongsian gambar popular berkenaan mengaktifkan ciri mengarkib gambar berkenaan kepada semua pengguna seluruh dunia.

Image result for instagram archive

Melalui pilihan mengarkib gambar berkenaan, pengguna boleh menyembunyikan gambar daripada dilihat pengguna lain, dan hanya untuk tatapan anda sahaja.

Untuk mengarkib sesuatu gambar, anda boleh memilih sebarang gambar, menekan pada butang menu dan memilih “Archive” atau “Arkib”.



Ciri ini juga akan memudahkan anda menguruskan paparan akaun anda dengan lebih baik, dan tidak lagi perlu memadam sebarang gambar lama anda, sebaliknya memilih untuk menyembunyikannya.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan