Kumpulan Penyebar Filem Cetak Rompak ShAaNiG Menghentikan Operasi


Dunia cetak rompak atas talian melalui laman torrent telah wujud sejak bertahun lamanya. Akses kepada internet jalur lebar yang pantas membuatkan cetak rompak tradisional dengan membeli DVD secara fizikal mula pupus di Malaysia. ShAaNiG ialah antara kumpulan pencetak rompak yang popular masa kini kerana kualiti video keluaran mereka yang baik.


ShAaNiG telah menghentikan operasi mereka secara mengejut Isnin lalu. Laman mereka kini memaparkan mesej pendek mengucapkan selamat tinggal dan ucapan terima kasih kepada yang menyokong mereka. Mesej yang ditinggalkan hampir sama dengan mesej yang ditinggalkan oleh kumpulan cetak rompak Extra Torrent yang turut menghentikan operasi.


Tidak diketahui apa sebab mereka menghentikan operasi secara mengejut. Kemungkinan besar mereka telah diancam oleh pemegang hak cipta intelek yang dicuri. Dengan ini ShAaNiG menyertai Extra Torrent, YIFY dan Axxo yang menghentikan aktiviti cetak rompak mereka.

SUMBER RUJUKAN: TORRENT FREAK
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan