Tutorial : Kemaskini Asus Zenfone 4, 5, Dan 6 Kepada Android Lollipop


Setelah sekian lama menanti akhirnya Asus telahpun memberikan kemaskini Android Lollipop untuk keluarga Zenfone secara rasmi. Kemaskini sistem operasi ini membolehkan telefon pintar Zenfone 4, Zenfone 5 dan Zenfone 6 beroperasi menggunakan Android Lollipop yang terkini.

Kemaskini Android Lollipop ini mempunyai saiz sekitar 800 MB namun bergantung kepada model yang digunakan dan sehingga kini percubaan untuk mengemaskininya secara automatik (Over-the-Air) tidak berjaya dan pengguna perlu memuat turun firmware yang berkaitan dengan unit Zenfone tersebut di halaman rasmi mereka. Model yang saya kemaskini adalah ZenFone 5 (ASUS_T00J) dengan firmware asal. 
Berikut merupakan 5 tips bagi mengemaskini peranti Zenfone anda.


Lakukan Salinan Pendua Untuk Data

Jika anda tidak berasa yakin dengan apa yang dilakukan, anda boleh meminta pertolongan pada mereka yang arif. Itu adalah lebih baik dari cuba melakukannya bersendirian. Namun tiada perkara yang lebih mengujakan dari mengalaminya dengan sendiri. Yang penting, baca setiap arahan dan juga pastikan perkara-perkara penting seperti nombor siri, nombor perisian semua adalah sama dan tepat.

Anda juga dinasihatkan untuk melakukan backup setiap kali melakukan kemaskini bagi mencegah kehilangan data secara tidak sengaja. Perkara paling mudah yang boleh dilakukan adalah menghubungkan peranti anda kepada komputer, dan membuat salinan pelbagai gambar yang telah dirakamkan dan disimpan pada peranti anda.

          Kenali Jenis Telefon Dan Firmware

Sebelum mengemaskini, adalah penting untuk mengetahui sistem operasi serta versi firmware yang sedang peranti anda gunakan. Ini bagi memastikan tiada sebarang komplikasi yang boleh terjadi ataupun seumpama memasukkan minyak petrol kepada kenderaan yang menggunakan enjin diesel. Bagi mengetahui model dan juga firmware, anda hanya perlu masuk ke bahagian Settings > About > Software Information. Pastikan nombornya sama dengan yang terdapat pada manual online.

Seperti contoh sekiranya anda menggunakan Zenfone 5 biasa, ia akan menunjukkan Model Number ASUS _T00F / ASUS_T00J. Jika anda menggunakan Zenfone 5 LTE, ia akan menunjukkan ASUS T00P. Dan juga perhatikan pada Build number. Zenfone 5 yang saya gunakan untuk panduan ini menunjukkan WW V2.22.40.54 dan boleh dikemaskini kepada Android Lollipop. Manakala bagi Zenfone 5 LTE yang saya gunakan untuk tujuan semakan adalah TW_Phone-11.4.6.94. Adalah penting untuk memastikan segala maklumat ini sama.


Muat-Turun Fail Firmware

Jika kemaskini secara automatik anda tidak akan menghadapi masalah kerana sumber URL-nya diyakini. Tetapi jika mencari secara manual, anda harus pastikan anda memuat-turun kemaskini firmware tersebut di halaman rasmi syarikat. Jika anda memuat-turun fail-fail dari laman web yang lain, ia dikhuatiri telah diletakkan bermacam pelbagai aplikasi tambahan. Mungkin penawaran aplikasi tambahan merupakan satu perkara yang bagus namun apa yang ingin dielakkan disini adalah jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab meletakkan malware yang boleh mencuri maklumat anda. Pastikan juga apabila habis memuat-turun fail kemaskini tersebut, saiz fail yang dinyatakan di laman web adalah sama dengan fail yang habis dimuat-turun.

Kemaskini Android Lollipop : Asus ZenFone 4
Kemaskini Android Lollipop : Asus ZenFone 5
Kemaskini Android Lollipop : Asus ZenFone 6
Kemaskini Android Lollipop : Asus ZenFone 5 LTE

Untuk muat-turun fail firmware anda, hanya perlu ke halaman peranti Asus Zenfone milik anda, dan kemudian memilih Driver / Tools. Seterusnya pilih naik-taraf dari Android Kit-Kat kepada Android Lollipop. Fail muat-turun akan bersaiz sedikit besar dan ditawarkan dalam bentuk zip.

Mulakan Proses Naik-Taraf

Fail yang dimuat-turun tersebut kemudiannya perlulah diletakkan pada bahagian root pada peranti anda. Perkara ini boleh dilakukan dengan menghubungkan peranti Zenfone ke komputer anda, dan pada My Computer, pilih Zenfone, seterusnya Internal Storage. Letakkan fail *zip yang dimuat-turun pada bahagian folder berkenaan.

Sebaik sahaja meletakkan fail firmware berkenaan pada bahagian tersebut, cabut peranti Zenfone anda daripada komputer, dan selepas seketika, anda akan dipaparkan dengan notifikasi untuk naik-taraf ke Andorid 5.0 Lollipop. Mulakan proses naik-taraf berkenaan, dan peranti anda akan dikemaskini ke sistem operasi Android 5.0 terkini. Pastikan anda mempunyai bateri yang mencukupi untuk melengkapkan proses berkenaan.



LIKE dan FOLLOW GilerBro! di Facebook
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan