OnePlus semalam telah berkongsi mengenai cip pemprosesan yang akan digunakan pada OnePlus 2 kelak. Kini, menyentuh lanjut mengenainya, pihak OnePlus mengatakan ia tidak akan berharga sebegitu rendah seperti OnePlus One sebelum ini, tetapi sebaliknya akan memperlihatkan sedikit peningkatan harga.
Menurut OnePlus, cip pemprosesan Snapdragon 810 yang digunakan adalah lebih mahal berbanding Snapdragon 801 sebelum ini, dimana kosnya dikatakan lebih 60% tinggi berbanding sebelum ini.
Bercakap mengenai harganya, OnePlus mengatakan OnePlus 2 akan berharga lebih tinggi daripada $322 (~RM1200), tetapi seperti biasa membawakan beberapa ciri-ciri menarik serta dijana menggunakan Oxygen OS.
Walaupun ia membawakan harga lebih tinggi berbanding versi sebelumnya, tetapi ia masih lebih berharga rendah jikalau dibandingkan dengan beberapa peranti flagship lain yang turut menggunakan cip pemprosesan sama – sekaligus menjadikan OnePlus 2 mungkin menjadi peranti pilihan ramai apabila dilancarkan kelak.
LIKE dan FOLLOW GilerBro! di Facebook

0 comments:
Catat Ulasan