OnePlus telah memasuki pasaran Malaysia secara rasmi pada tahun ini dan menawarkan peranti OnePlus One yang telah diperkenalkan pada tahun lepas. Ketika pengenalan tahun lepas, ia menggunakan cip pemprosesan berkuasa tinggi daripada Qualcomm, dan perkara sama dilihat akan berulang pada tahun ini.
Melalui perkongsian rasmi di laman OnePlus, mereka mengatakan OnePlus 2 akan dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 810. Menurut OnePlus, mereka menggunakan versi cipset yang lebih terkini pada OnePlus 2, serta mengoptimasikan hardware dan perisian untuk menjadikan ia lebih sejuk berbanding beberapa peranti lain di pasaran.
Cip pemprosesan Snapdragon 810 dikritik ramai pada tahun ini, dimana beberapa peranti yang menggunakannya – seperti HTC One M9 dan juga Xperia Z3+ dilaporkan menjadi panas dengan cepat berbanding pelbagai peranti lain. Perkara ini membuatkan ramai yang ingin membeli peranti mudah-alih baru mengelakkan peranti yang menggunakan cip pemprosesan ini.
Menyentuh mengenai cip pemprosesan ini lagi, pihak OnePlus mengatakan melalui penggunaan cip ini, ia menawarkan pengalaman multimedia yang lebih baik, serta akses kamera lebih pantas. Snapdragon 810 turut menyertakan sokongan penstriman video pada paparan resolusi 4K, selain dilengkapi dengan GPU Adreno 430.
Melengkapkan peranti ini juga kelak adalah OxygenOS terkini yang dioptimasikan untuk Snapdragon 810 ini.
Pihak OnePlus mengatakan mereka bakal berkongsi lanjut mengenai peranti baru mereka ini sedikit demi sedikit. Menurut beberapa laporan baru sebelum ini, OnePlus 2 dijangka akan diperkenalkan pada bulan Julai kelak.
LIKE dan FOLLOW GilerBro! di Facebook

0 comments:
Catat Ulasan