Celcom hari ini secara rasminya memperkenalkan pelan prabayar mereka yang terbaru, dimana seperti pada penawaran Hotlink Hashtag sebelum ini, Celcom menawarkan internet asas 64kbps tanpa had secara percuma. Kad-SIM prabayar ini akan ditawarkan pada harga RM5, dan ia hadir dengan masa penggunaan selama 5 hari. Pengguna perlu memastikan akaun mereka terus kekal aktif dengan membuat tambah-nilai. Tambah-nilai sebanyak RM5 memberikan masa penggunaan selama 5 hari, RM10 untuk 10 hari, dan RM30 untuk 30 hari.
Selain internet asas, pihak Celcom juga turut menawarkan penggunaan data pantas yang terhad. Untuk pembelian kad-SIM pihak Celcom menawarkan 200MB secara percuma, selain untuk setiap tambah-nilai, mereka turut menawarkan data tambahan secara percuma. Untuk tambah-nilai RM5 pengguna akan menerima 50MB data internet laju secara percuma, 100MB untuk RM10, dan 300MB untuk RM30.
Celcom juga turut menawarkan masa panggilan percuma dengan penawaran kad Magic SIM ini, dimana untuk pembelian kad-SIM mereka memberikan masa panggilan selama 20 minit, dan 20 SMS. Penambahan masa panggilan dan SMS percuma turut dilakukan untuk tambah-nilai, dimana untuk tambah-nilai RM5 pengguna akan menerima 5 minit / SMS, RM10 menerima 10 minit / SMS dan RM30 akan menerima 30 minit / SMS.
Selain penawaran percuma, pengguna juga turut boleh membuat pembelian tambahan data melalui pakej tawaran daripada Celcom seperti sedia ada. Celcom turut menambah penawaran RM1 untuk 30MB melalui pakej pembelian data terbaru mereka ini.
Celcom juga turut mengatakan mereka akan hadir dengan pelbagai promosi khusus setiap bulan, dimana ia dikatakan akan berbeza setiap bulan dan khusus untuk para pengguna MagicSIM. Celcom akan menawarkan MagicSIM ini dipasaran seluruh negara bermula esok.
Bagi pelanggan Celcom sedia ada, pengguna boleh beralih ke rangkaian Magic SIM ini dengan menghantar SMS “MIG MAGIC” ke 28882, selain Celcom turut menawarkan MNP ke pakej baru ini bagi pelanggan dari rangkaian lain.

0 comments:
Catat Ulasan