Asus Memperkenalkan Zenfone Selfie 13-Megapixel

Asus pada tahun ini telah memperkenalkan Zenfone 2 yang mencuri perhatian ramai dengan sokongan memori 4GB RAM, selain turut mengumumkan Zenfone Zoom dengan fokus terhadap kamera belakang – yang mana masih belum dijual lagi. Selain daripadanya, kini dengan Computex 2015 yang akan diadakan minggu hadapan, mereka turut bakal menambah satu lagi telefon pintar dibawah keluarga Zenfone.



Berkemungkinan besar dikenali dengan nama Zenfone Selfie, telefon pintar ini dijangka menyertakan kamera hadapan 13-megapixel, selain berkemungkinan besar turut menyertakan kamera belakang 13-megapixel. Melalui gambar yang dikongsikan melalui Facebook, Asus turut memperlihatkan ia akan membawakan sokongan LED Flash untuk rakaman kamera hadapan.

Memandangkan Asus Malaysia berkongsi akan gambar promosi untuk Zenfone Selfie ini pada laman sosial mereka, berkemungkinan besar kita akan dapat melihat ia hadir ke pasaran tempatan selepas ia dilancarkan kelak.

Jadi, sama-sama kita nantikan bersama apakah yang akan diumumkan oleh Asus pada minggu hadapan bersempena dengan Computex 2015 ini.


LIKE dan FOLLOW GilerBro! di Facebook
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan