OnePlus Perkenalkan OS Android Sendiri Menggantikan Cyanogen

"You should be grateful and thankful because you're still alive and have a chance to flash OxygenOS!"

Tiba-tiba ada suara bergema di dasar otak kanan saya. Suara itu mengatakan begitu setelah saya membaca berita bahawa OnePlus One telah pun mendapat naik taraf sistem operasi kepada versi Lollipop 5.0.2.
Ada juga suara-suara sumbang yang bersungut. Ahhh, mengapa bukan 5.1? Ahhh, ia sama saja macam custom ROM yang lain, tapi kurang features lah.. dan bermacam-macam lagi rungutan dan sungutan yang saya baca di Facebook serta forum.

Apabila saya juga teringin hendak bersungut, maka suara dari dasar otak kanan itu kembali bergema. Maka mulakan bacaan anda dari atas semula ya. Hahaha..

Jadi apa yang menarik tentang OxygenOS? Dapatkah ia menandingi CyanogenMod 12 (CM12) dari segi ciri-ciri, kepenggunaan dan jumlah bugs yang tinggal? Mari kita lihat apa yang boleh kita teliti dan selidiki.

Bagi para pengguna peranti OnePlus One, anda oleh memuat-turun sistem operasi OxygenOS ini di sini.

CM12S vs OxygenOS

Oh ya, jangan salah faham. CM12S masih belum dilepaskan. Cuma apabila diperhatikan 'pattern' OxygenOS, ia telah 'mengambil kembali' beberapa ciri yang ada pada CM11S seperti gestures, iaitu lakaran jari pada skrin ketika ia sedang tertutup untuk mengaktifkan sesuatu aplikasi.

Jadi apabila CM12S dilepaskan, saya dapat merasakan yang ia juga akan mengekalkan ciri yang sama, disamping menambahbaik ciri yang ada ataupun yang baru. Namun yang selalu menjadi persoalan pengguna, sudah tentulah yang mana satu lebih baik?

Terpulanglah kepada pilihan masing-masing. CyanogenMod masih mempunyai kontrak yang membuatkan mereka perlu memberikan sokongan penambahbaikan kepada sistem operasi dan juga sokongan untuk naik taraf, manakala OxygenOS pula merupakan sistem operasi yang dibina sendiri oleh Team OnePlus. Saranan saya apabila CM12S telah dilepaskan, anda cuba kedua-duanya.

Apapun cuba tonton dahulu video pendek OxygenOS di bawah:

Pendapat Peribadi

Pendapat saya sendiri, setelah menggunakan OxygenOS, hidup saya kembali ceria. GST 6% terasa seperti hanya 3% sahaja. Malam-malam menjadi lebih cerah berbanding selalu. Kucing-kucing yang saya bela sudah menjadi semakin gemuk. Errr..

Hurm.. kesimpulannya, OxygenOS ini adalah Android Lollipop versi 5.0.2 yang boleh dikatakan lebih hampir kepada 'stock'. Tidak terlalu banyak ciri tambahan seperti custom ROM yang lain. Ia menggunakan launcher Google Now yang standard, dan juga gapps penuh, dari Google Keep, Google Search, sehinggalah kepada YouTube, semuanya ada dalam OxygenOS, dan kerana itu juga saiznya agak besar iaitu sekitar 700MB+.

Mungkin pada pendapat sesetengah 'power users', adalah tidak berbaloi untuk flash OxygenOS ini dek kerana dalam forum XDA sendiri sudah terdapat pelbagai pilihan custom ROM untuk Android versi 5.1. Ya, OnePlus One sudah ada banyak pilihan custom ROM, custom kernel, dan pelbagai mods di bahagian 'Themes and Apps'. Tetapi pada saya, terdapat banyak peranti lain yang masih belum mendapat kemaskini Android versi 5.0, apatah lagi 5.0.2 mahupun 5.1. Pengguna perlu memberi peluang kepada Team OxygenOS yang masih baru untuk menambahbaik lagi sistem operasi ini, jika mereka tidak mahu untuk kekal bersama CyanogenMod yang telah banyak menimbulkan kekacauan kepada syarikat setahun jagung ini (maaf, ia hakikat dan ia benar).

Berikut adalah beberapa paparan skrin OxygenOS:



Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan