Setelah tiga bulan peranti yang popular dan mendapat perhatian ramai
iaitu Asus Zenfone 2 diumumkan semasa acara di CES 2015, pada hari ini
pihak Asus telah mengumumkannya untuk pasaran Asia Tenggara. Bagi
pasaran Asia Tenggara, terdapat 4 variasi spesifikasi yang hadir, dan
yang menjadi tarikan utama adalah variasi model dengan memori sebesar
4GB RAM
Asus Zenfone 2 | ||||
---|---|---|---|---|
Pemproses | Intel Atom 1.8GHz / 2.3GHz | |||
RAM | 2 GB RAM / 4GB RAM | |||
Muatan Dalaman | 16GB / 32GB / 64GB + Mikro-SD | |||
Kamera Utama | 13 MP | |||
Kamera Depan | 5 MP | |||
Skrin | 5.5 Inci IPS LCD 720p / 1080p 403 ppi | |||
Bateri | 3000 mAh | |||
SIM/Telefoni | Dwi-SIM, 4G LITE |
Peranti ini juga tidak mempunyai perbezaan spesifikasi yang ketara
seperti Zenfone yang diumumkan pertama kali pada tahun lepas. Jika
Zenfone pada tahun lalu dibezakan melalui saiz paparan skrin, Zenfone 2
ini mempunyai skrin bersaiz 5.5 inci untuk 4 variasi berbeza.
Mengekalkan tradisi keluarga Zenfone, ia hadir pada variasi dwi-SIM yang
sentiasa aktif.
Buat masa ini tiada sebarang harga diumumkan untuk pasaran Malaysia,
namun jika dikirakan dari harganya untuk pasaran Indonesia, ia mungkin
ditawarkan pada harga bermula RM 750.
Variasi pertama Asus Zenfone 2 dengan cip pemprosesan 1.8GHz dan 2GB
RAM serta kapasiti storan 16GB pada harga sekitar RM756 namun skrinnya
hanya mempunyai resolusi HD 720p.
Variasi kedua Asus Zenfone 2 dengan cip pemprosesan 1.8GHz dan 2GB
RAM serta kapasiti storan 16GB namun ditawarkan dengan paparan HD penuh
1080p pada harga sekitar RM840.
Variasi ketiga Asus Zenfone 2 dengan cip pemprosesan 2.3GHz dan 4GB
RAM namun dengan peningkatan kapasiti storan 32GB ditawarkan dengan
paparan HD penuh 1080p pada harga sekitar RM1,120.
Variasi tertinggi Asus Zenfone 2 dengan cip pemprosesan 2.3GHz dan
4GB RAM disertakan dengan kapasiti storan terbesar dalam siri ini iaitu
sebesar 64GB ditawarkan dengan paparan HD penuh 1080p pada harga sekitar
RM1,260.
Pelancaran Asus Zenfone 2 khusus untuk Malaysia akan diadakan pada 9 Mei dan ia turut dibuka kepada umum, namun terhad kepada 1000 orang pertama.
0 comments:
Catat Ulasan