Waktu yang paling sesuai (mengikut sains) untuk minum kopi

coffee (1)
Hint : bukan awal pagi.
Buat semua pembaca Pronomy, selamat hari kopi sedunia! Sebelum ini, kami pernah buat anda senggama minda bila kami beritahu lepas minum kopi bagus untuk tidur, kali ini kami akan bingungkan anda lagi dengan memberitahu antara waktu yang sesuai untuk minum kopi, bukannya awal pagi. Mana tak pelik, logik la kan awal-awal pagi mesti rasa seperti zombie, ketagihkan kopi untuk hilangkan mengantuk.
Mengikut Steven Miller, seorang doktor dari Uniformed Services University Bethesda, ada dua faktor penting yang memainkan peranan bila sesuai untuk kita minum kopi.
Pertama, circadian rhythm, atau dalam bahasa mainstream, sleep cycle. Secara umum, sleep cycle manusia mempunyai corak yang normal (tidur malam, bangun siang). Maknanya kajian Steven hanya relevan untuk manusia yang normal. Bagi yang tidur tak tentu arah seperti gamers atau kaki clubbing, kajian ini mungkin tak relevan.
Kedua, penghasilan Cortisol (sejenis hormon yang menyebabkan kita rasa alert dan terjaga) di dalam badan kita. Kedua-dua faktor ini saling berkait rapat, kerana sleep cycle akan menentukan bila Cortisol akan dihasilkan di dalam badan kita. Dan bila Cortisol dihasilkan, waktu itu tak sesuai untuk minum kopi, kerana badan kita memang dah ‘naturally caffeinated‘ oleh Cortisol. Kira redundant lah. Buat dua benda sama. Ibarat memakai deodorant ketika mandi di dalam bilik air.
Jadi mengikut sains : waktu sesuai untuk minum kopi adalah ketika Cortisol tidak dihasilkan di dalam badan.
Balik kepada tajuk asal, mengikut waktu (normal) penghasilan Cortisol, memang jelas kita tak patut minum kopi awal pagi. Berikut adalah waktu bila Cortisol dihasilkan, dan bila waktu sesuai untuk minum kopi;
besttime4coffee2-i3coffee-jp
Kerana pada pukul 9:30 hingga 11:30 pagi Cortisol tidak dihasilkan, memang badan kita akan mengantuk. Mungkin sebab tu kot waktu ini adalah waktu yang paling tidak strategik untuk fokus di dalam kelas, melainkan kita dihidangkan dengan espresso macchiato double shot. Damn son.
Jika anda minum kopi ketika penghasilan Cortisol, bukan sahaja ia tak berkesan sangat, namun lagi satu kesan buruk ialah ia akan tingkatkan caffeine tolerance anda. Maksudnya, kekebalan anda terhadap kafein. Itu yang minum Starbucks 3 kali pun masih mengantuk tu. Dah kebal. Selain itu, Cortisol dan caffeine adalah formula untuk stress bila wujud sekali. Untuk elakkan malapetaka ini daripada berterusan, elakkan minum kopi ketika penghasilan Cortisol.
Sumber gambar : ilovecoffee.jp
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan