Dua Dunia Berbeza : Kelantan 0 - 5 Queens Park Rangers


20 Julai 2012 – Pasukan QPR nyata berada di kelas tersendiri ketika mereka menewaskan Kelantan 5-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam. Ini merupakan kemenangan kedua pasukan QPR setelah mereka turut membenam cabaran pasukan Pilihan Sabah pada perlawanan terdahulu dengan jumlah jaringan yang sama

ANTU0229s

QPR turun tanpa bintang baru mereka dari Korea Selatan, Park Ji Sung yang mengalami kecederaan ketika sesi latihan bersama Kelantan di Kota Bharu. QPR mendahului 1-0 pada babak pertama hasil jaringan tunggal Shaun Wright-Phillip yang menewaskan Shahrizan Ismail di gawang Kelantan.

4 lagi gol pasukan QPR hadir di babak kedua. Wright Phillip menambah gol kedua peribadi beliau manakala 3 lagi gol dijaringkan pemain pertahanan, Harriman, James Mackie dan Bobby Zamora.

Juara Liga Super 2012, turut turun tanpa beberapa tonggak utama. Khairul Fahmi Che Mat diberitan mengalami kecederaan lutut. Masalah kecederaan turut menghantui Rizal Fahmi dan Norfarhan Mohammad yang hanya memanaskan bangku simpanan.

Perlawanan menentang Kelantan menjadi persinggahan terakhir pasukan QPR di Malaysia. Mereka akan meneruskan Tour Asia mereka ke Indonesia untuk menghadapi pasukan .

QPR kini dalam rangka persiapan terakhir untuk menghadapi saingan Liga Perdana Inggeris musim hadapan. QPR menamatkan saingan musim lalu di tangga ke 17 dan terselamat dari diturunkan dari liga utama England itu.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan